🎥 Akademi Kesihatan Mental

Memahami luka semalam. Membina kehidupan hari ini.

Fahami bagaimana pengalaman pahit zaman kanak-kanak boleh membentuk emosi, hubungan dan cara kita melihat diri sendiri, serta bagaimana perjalanan pemulihan boleh bermula.

Pecahkan kitaran kecederaan emosi dan trauma bergenerasi kita, demi generasi yang seterusnya.

Mulakan Penyembuhan Anda

Apa Yang Akademi Tawarkan

Pilih langkah yang sesuai dengan anda sendiri:

Siri Webinar Bulanan

Siri From Pain to Power bersama pelbagai penceramah. Pilih topik berkaitan luka emosi dan pengalaman zaman kanak-kanak yang dekat dengan kehidupan anda dan hadir secara live

Terapi & Konsultasi Psikologi

Sesi individu bersama psikologis klinikal berdaftar untuk meneroka cabaran emosi, memahami pengalaman hidup dan membina langkah mengikut keperluan anda

Keahlian "Sembuh Bersama"

Platform eksklusif untuk dewasa yang ingin memahami luka emosi zaman kanak-kanak melalui kelas bulanan, bahan pembelajaran praktikal dan sokongan komuniti yang selamat

Siri Webinar Bulanan

"From Pain To Power!"

Sedikit demi sedikit, kenali apa yang anda bawa sejak kecil.

Mengapa kita sukar berkata “tidak”, mudah menyalahkan diri atau berasa tidak selamat dalam hubungan? Siri ini mengajak anda memahami persoalan seperti ini melalui ilmu psikologi yang dekat dengan kehidupan.

Servis Klinikal

Terapi & Konsultasi

Ruang untuk didengari. Sokongan untuk memahami diri.

Ada perkara yang sukar difahami atau dihadapi seorang diri. Sesi bersama psikologis klinikal menyediakan ruang peribadi untuk anda meneroka pengalaman, memahami cabaran emosi dan membina langkah yang sesuai dengan keperluan anda.

Keahlian Tertutup

Akademi Sembuh Bersama

Memahami diri memerlukan masa. Teruskan langkah bersama.

Akademi Sembuh Bersama ialah keahlian untuk orang dewasa yang ingin memahami kesan luka emosi zaman kanak-kanak dan belajar mengurusnya dalam kehidupan sekarang. Luangkan ruang untuk diri melalui pembelajaran, latihan praktikal dan sokongan komuniti.

Kenali Pengasas

Aiman Amri · @AimanPsikologi

Akademi Kesihatan Mental diasaskan oleh Aiman Amri, seorang psikologis klinikal yang membawa ilmu psikologi kepada masyarakat melalui pendidikan, penulisan dan perkhidmatan klinikal.

Melalui pendekatan santai dan mudah difahami, beliau membantu orang dewasa memahami kesan pengalaman zaman kanak-kanak serta mempelajari kemahiran untuk mengurus emosi dan membina hubungan yang lebih sihat.

Psikologis Klinikal Berdaftar

Menyediakan penilaian dan psikoterapi untuk orang dewasa, termasuk mereka yang menghadapi kemurungan, kebimbangan dan kesan pengalaman traumatik.

Penceramah & HRD Accredited Trainer

Menyampaikan ilmu psikologi melalui ceramah, bengkel dan webinar dengan contoh kehidupan, refleksi serta latihan praktikal.

Penulis & Pendidik Awam

Berkongsi ilmu tentang kesihatan mental dan luka emosi melalui 6 buku diterbitkan, serta kandungan pendidikan di media sosial @AimanPsikologi

Soalan Lazim

Soalan Yang Selalu Ditanya

1. Apakah Akademi Kesihatan Mental?

Akademi Kesihatan Mental ialah platform pendidikan psikologi dan kesihatan mental yang memberi tumpuan kepada luka emosi zaman kanak-kanak serta kesannya terhadap kehidupan dewasa. Kami menyediakan webinar bulanan, perkhidmatan klinikal dan keahlian Akademi Sembuh Bersama.

Webinar sesuai untuk anda yang mahu belajar tentang topik tertentu bersama penceramah jemputan. Sesi terapi menyediakan ruang peribadi bersama psikologis klinikal untuk meneroka cabaran anda. Keahlian Akademi Sembuh Bersama pula menawarkan pembelajaran berterusan melalui kelas, bahan pembelajaran dan sokongan komuniti.

Tidak. Anda boleh menyertai webinar atau keahlian untuk menambah pengetahuan dan memahami diri, tanpa perlu mempunyai diagnosis. Anda juga boleh mendapatkan sesi klinikal untuk membincangkan kesukaran emosi atau kehidupan walaupun belum pernah menerima diagnosis.

Ya. Anda tidak perlu melabel pengalaman anda sebagai trauma untuk mula memahami kesannya. Pembelajaran di sini turut menyentuh pengalaman seperti emosi yang sering diketepikan, suasana keluarga yang tegang, kesukaran menetapkan batas dan rasa diri tidak cukup baik.

From Pain to Power ialah siri webinar bulanan yang membincangkan pelbagai topik berkaitan luka emosi dan pengalaman zaman kanak-kanak bersama pelbagai penceramah. Setiap webinar membawakan topik tersendiri, jadi anda boleh memilih sesi yang dekat dengan keperluan anda.

Keahlian ini ditujukan kepada orang dewasa yang mahu memahami kesan luka emosi zaman kanak-kanak dan mempelajari kemahiran praktikal untuk mengurus emosi, membina batas diri serta memperbaik hubungan. Ia sesuai untuk mereka yang mahu meluangkan masa belajar dan berlatih secara berterusan.

Webinar dan keahlian menyediakan pendidikan serta pembelajaran kendiri, bukan penilaian atau rawatan individu. Kedua-duanya boleh melengkapi proses terapi. Jika anda memerlukan sokongan yang lebih khusus, anda boleh meneroka perkhidmatan klinikal bersama psikologis.

Pilih salah satu daripada tiga perkhidmatan di halaman ini: webinar, perkhidmatan klinikal atau keahlian Akademi Sembuh Bersama. Klik butang berkaitan untuk melihat maklumat lanjut dan cara mendaftar. Jika masih belum pasti, hubungi kami melalui pautan yang disediakan untuk mendapatkan penerangan tentang pilihan tersebut.

Mulakan Langkah Pertama Hari Ini

Sertai Akademi Kesihatan Mental dan fahami bagaimana pengalaman masa lalu anda masih mempengaruhi kehidupan dewasa hari ini.